Tanaman cili padi

Sebagai hobi atau untuk keperluan di kediaman, adalah baik kalau boleh jadikan ‘gardening’ sebagai aktiviti rutin. Cuma itulah masing2 nak imbangkan dgn tugasan lain pulak, itulah antara cabarannya. Tanaman nya ingin berkongsi sedikit sebanyak info ringkas  mengenai menyemai tanaman cili padi sendiri (Home Gardening ) ini.

cili padi
cili padi
cili padi
cili padi

 2-3 biji benih cili padi yang direndam semalaman ditanam ke dalam lubang kecil yng dibuat pada polibeg atau bekas bersama tanah yang sesuai.

Ketika proses pertumbuhan, siraman 2 kali sehari dilakukan secara berterusan. Semaian akan mula tumbuh seterusnya.

cilipadi11clp03

Tambahan tanah dan mengembur dibuat dan digunakan baja mengikut panduan pembekal baja. Bila pertumbuhan menjadi lebih matang, dialihkan anak pokok ke batas dan beg/bekas yng lebih besar. Dialihkan  tanaman cili padi ke batas dan ke polibeg. Sememangnya, pertumbuhan di batas akan lebih baik dan hasilnya lebih.

cilipadi01cilipadi01

Tanaman cili padi sendiri bersama aktiviti asas seperti menggembur, menimbun, tambah tanah, membaja dan menyiram perlu di buat secara berjadual.

Tanah campuran organik digunakan dan menambah ketika aktiviti menimbun dibatas serta juga pada beg/bekas tanaman. Ia bagi mempercepatkan proses pertumbuhan dan memberi kesuburan.

 

Dalam tempoh beberapa bulan, tanaman cili padi ini mula mendatangkan hasil. Ia bergantung kepada situasi dan teknik penjagaan jika membuat tanaman sendiri ini.

cilipadi02

cilipadi12

nota: benih tanaman cili padi sendiri boleh didapati di rata2 kedai pokok atau gunakan benih cili padi yng telah betul2-betul tua dari buah yang mula2 terhasil sebaiknya.

Advertisements