Pokok mata kucing

Pokok mata kucing dikatakan berasal dari Malaysia, Indonesia dan juga negara China. Euphoria malaiense adalah nama saintifknya. Tanamannya belum berkesempatan untuk menanam pokok mata kucing ini tetapi mahu juga berkongsi info daripada carian yang dibuat. Buah mata kucing seakan buah longan namun berbeza dari segi saiz. Pokok mata kucing mampu tumbuh menegak mencapai ketinggian 20-30 meter.

Kredit kepada gambar2 hiasan dibawah. Imej daripada carian. Yang tanpa watermark pada laman ini, bukan imej/tanaman sendiri tanamannya.

matakucing

Pokok Mata Kucing dapat menghasilkan 2,000 lebih biji buah setiap kali pada musim ia berbuah. Seperti kebanyakkan pokok, pokok mata kucing juga lambat berbuah jika di tanam daripada biji, ia boleh cecah 10 tahun untuk berbuah. Dengan kaedah cantuman pula, pokok mata kucing mampu berbuah dalam tempoh 6-8 tahun.

matakucing

Difahamkan pokok mata kucing boleh ditanamkan dari semaian biji benih yang diambil daripada pokok yang tua. Biji dari buah yang matang diambil dan direndamkan untuk kegunaan penyemaian kemudiannya. Terdapat beberapa spesis yang boleh didapati seperti Mata Kucing Sau, Mata Kucing Isau dan Mata Kucing Kakus.

matakucing

 

Buah pokok mata kucing mempunyai banyak khasiat dan kegunaan utamanya ialah seperti bagi tujuan minuman segar, kesihatan dan ubatan.

Buah mata kucing yang dikeringkan boleh dibuat air penyegar badan dan ubat-ubatan. Buah mata kucing sangat baik untuk menghasilkan tenaga dan meningkatkan stamina. Isi buahnya boleh dijadikan ubat untuk sakit perut, menurunkan suhu badan khususnya ketika demam dan merawat masalah cacing di dalam perut serta boleh dibuat sebagai penawar racun.

Daun pokok mata kucing juga mempunyai khasiatnya di dalam membantu mengubati alergi, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Ini mengikut carian yang dibuat tanamannya.

matakucing

Pada bijinya pula, ada terkandung khasiat tersendiri dan dimanfaatkan sebagai bahan untuk membuat shampoo. Difahamkan bijinya dapat menghentikan pendarahan serta boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular.

Selain banyak khasiat dan manfaat daripada pokok mata kucing ini, pokoknya agak cantik dan tanamannya ada juga melihat ia ditanam dikawasan perumahan. Tanamannya, belum lagi berkesempatan untuk menanam pokok mata kucing ini.

Advertisements